Menuju ke arah kecemerlangan dan kegemilangan
Jun 19th, 2009 oleh Guru Data

SK Tunku Mahmood 2 mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Terbuka pada 18 Jun 2009.

ht1.jpg
Guru Besar, En Arifin Bin Sapawi menyampaikan taklimat objektif dan headcount SKTM2. Seterusnya beliau membuat ulasan pencapaian murid-murid UPSR dalam UPPM1 dan UPPM2.

ht2.jpg
Guru Kelas Tahun 6 Setia, Pn. Salalida dibantu oleh Pn. Zainab membincangkan perkembangan akademik murid-murid Tahun 6 Setia kepada ibu bapa masing-masing.

ht4.jpg
Guru Kelas Tahun 6 Tabah, Pn. Rozita dibantu oleh Pn. Sulojana bertemu dengan ibu bapa murid-murid Tahun 6 Tabah.

ht3.jpg
Guru Kelas 6 Maju, Pn. Liza sedang menerangkan rekod perkembangan akademik kepada seorang ibu murid Tahun 6 Maju.

ht5.jpg
Guru Kelas 6 Kamil, Pn Cheong bertemu dengan ibu bapa murid-murid Tahun 6 Kamil.

Jun 2nd, 2009 oleh Awalludin

Aktiviti : Perkhemahan Bersepadu
Tarikh : 29-30 Mei 2009
Masa : 8.30 malam ( 29.5.2009)
Satu persembahan Malam Kebudayaan telah diadakan sebagai salah satu aktiviti perkhemahan yang melibatkan semua unit beruniform bagi mempersembahkan bakat masing-masing.


Persembahan pertama daripada kumpulan Pengakap. Nyanyian dengan iringan kompang dan angklung.

img_3106.jpg
Adik Farah mewakili kumpulan Puteri Islam sedang mempersembahkan tarian zapin.

img_3110.jpg
Wah ! Tarian zapin pakai kasut sukan !

img_3116.jpg
Satu persembahan yang unik , dengan menggunakan bahan terbuang dan perkakas rumah.

img_3119.jpg
Adik Badrul ….tukang karut.

img_3123.jpg
Nyanyian Koir, Keranamu Malaysia!

img_3126.jpg
Persembahan paling hangat daripada Adik Hidayah. Membawakan lagu daripada Inul dengan tarian Goyang Gerudi. Aduh ! asyik sekali . . . .

Jun 1st, 2009 oleh Guru Data

SKTM2 mengadakan perkhemahan bersepadu unit pakaian seragam selama dua hari sebaik sahaja cuti persekolahan bermula.

camp1.jpg
Unit pengakap yang segak.

camp2.jpg
Unit pandu puteri tunas yang berdisiplin.

camp3.jpg
Unit bulan sabit merah sentiasa bersedia.

camp4.jpg
Pertandingan rawatan cemas. Ini acara hebat PBSM, patutlah pengakap terkial-kial.

camp5.jpg
Pertandingan memasak. Siapa kata lelaki tidak pandai memasak?

camp6.jpg
Acara yang dinanti-nantikan, pertandingan kaki galah. Tahniah kepada murid-murid yang dapat menghabiskan perjalanan dengan kaki galah.

camp7.jpg
Murid-murid berbaris sebelum memulakan jungle tracking di tapak perkhemahan Gunung Lambak.

camp8.jpg
Pertandingan membuat dan mereka wau. Menang atau kalah tidak mengapa. Yang penting ialah kerjasama antara ahli-ahli.

Mei 24th, 2009 oleh Guru Data

SK Seri Telok Batu Pahat membuat lawatan balas ke SK Tunku Mahmood 2 setelah SKTM2 membuat lawatan benchmarking ke sekolah tersebut tempoh hari.

lawat1.jpg
Ketibaan rombongan SK Seri Telok disambut mesra oleh staf dan murid-murid SKTM2.

lawat2.jpg
Seperti zaman Hang Tuah, lawatan persahabatan selalunya dimulakan dengan permainan beradu tenaga.

lawat3.jpg
Inilah penjaga gol SKTM2 dengan “gawang”nya.

lawat4.jpg
Pasukan bola jaring SKTM2 dengan jurulatihnya.

lawat5.jpg
Ini bola jaring atau tarian “burung terbang”? Mana bolanya?

lawat6.jpg
Guru Besar SKTM2, En. Arifin Bin Sapawi menyampaikan ucapan.

lawat7.jpg
Guru Besar SK Seri Telok, Pn. Hadijah Bt Ahmad menyampaikan ucapan.

lawat8.jpg
Guru Besar SKTM2 menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar SK Seri Telok.

Mei 18th, 2009 oleh Guru Data

SKTM2 menyambut Hari Guru 2009 peringkat sekolah pada 18 Mei 2009.

hguru1.jpg
Ketua murid SKTM2, Muhammad Aiman Naim bin Zakaria menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru SKTM2.

hguru2.jpg
GPK HEM, En. Johar Bin Suib membaca teks Hari Guru dari Menteri Pelajaran Malaysia.

hguru3.jpg
GPK KK, Pn. Afidah Bt Surip membaca teks Hari Guru dari Pengarah Pelajaran Malaysia.

hguru4.jpg
Guru Besar, En. Arifin Bin Sapawi menyampaikan ucapan Hari Guru.

hguru5.jpg
En. Zulkarnain bin Abd Hamid mendeklamasikan sajak Hari Guru.

hguru6.jpg
Semua guru SKTM2 bersama-sama menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”

Majlis sambutan Hari Guru 2009 diikuti dengan permainan padang Bowling Kelapa.

kelapa1.jpg
1, 2, 3 mula! Tengok kumpulan mana dapat jatuhkan paling banyak botol.

kelapa2.jpg
Cikgu Norazni membuat lontaran kelapa yang tepat ke sasaran.

kelapa3.jpg
Cikgu Siti pun tidak kurang hebat dengan lontaran ala silat.

kelapa4.jpg
Cikgu Che Fauziah terkejut melihat Cikgu Ramlee mencubit punggung Ustaz Adil.

kelapa5.jpg
Kiri lagi… kiri lagi … kiri lagi …

kelapa6.jpg
Cikgu Yante cuba mengawal pergerakan buah kepalanya.

kelapa7.jpg
Yeah! Menang!

Majlis sambutan diteruskan dengan satu lagi acara iaitu …

jarum1.jpg
Pertandingan masukkan benang melalui mata jarum.

jarum2.jpg
Cikgu Kaswati terpaksa mengarahkan jarum ke arah cahaya matahari.

jarum31.jpg
Ingat senang ye? Cuba lah …

jarum4.jpg
Cikgu Isamudin tak biasa menjahit.

jarum5.jpg
Cikgu Nor’ini sampai tergigit gigit bibir.

jarum6.jpg
Cikgu Ramlee jangan marah. Dah lah tangan saya menggigil gigil.

Mei 17th, 2009 oleh Guru Data

Staf dan kakitangan SKTM2 mengadakan pertandingan bowling sempena menyambut Hari Guru.

bowl2.jpg
Cikgu Mahmood melambai “bye bye” kepada bola yang dilontarnya itu.

bowl3.jpg
Gaya tak ada tak kisah, asalkan bola jangan masuk longkang.

bowl4.jpg
Cikgu Awalludin macam pro lah.

bowl5.jpg
Cikgu Teresa membisikkan sesuatu kepada bola sebelum melontarkannya.

bowl6.jpg
Cikgu Azah kelihatan tenang dan gembira dengan jatuhan pinnya.

bowl7.jpg
En. Zainal telek lorong lama lama sebelum melontar.

bowl.jpg
Sebahagian dari peserta-peserta pertandingan Bowling Hari Guru.